Wednesday, March 11, 2009

?????

Segala puji hanya bagiMu Tuhan Lantaran telah menjadikan daku seorang perempuan..Dicipta dari tulang rusuk kiri Adam Dengan seindah dan sebaik ciptaan..Daku…..Si tulang bengkok Yang KAU gubah dengan kekuatan perasaan Mengatasi panjangnya akal fikiran, sebagai fitrah dan anugerah Hasil doa seorang lelaki..Namun Ya Allah Biarlah kejadianku memberi guna, bengkok yang ada manfaatnya.Kiranya daku menjadi seorang isteri Kurniakanlah padaku kekuatan Menjadi tulang belakang seorang suami, seorang mujahidah Pengembang perjuangan disayap kiri..Diadun dengan kelembutan Menjadi teman sejati, sahabat setia, penyejuk mata, pembina semangat dan penguat jiwa..Seanggun peribadi Saidatina Khadijah Ketenangan baginda Rasulullah, utusan Allah..Bebas jiwa dari belenggu keperempuanan Yang memiliki sembilan nafsu..Merdeka dari kepentingan peribadi Setulus Siti fatimah yang seringkali ditinggalkan suami, Saidina Ali Dihantar pemergiannya tanpa bertanya “Bila kan pulang?”Disambut kepulangannya dengan penuh khidmat dan kemanisan Bersulamkan kemesraan..Rumahtangga adalah syurga Wadah suburnya CINTA ketuhanan, Ubudiyyah Akal yang tunggal tidak dibiarkan Hanya berlega dicelahan periuk belanga Di sebalik lipatan lampin anak..Menjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat.Menjadi pentadbir di sebalik tabir!!!Namun Ya Tuhan Siapalah daku untuk memiliki Watak wanita solehah pendamping nabi Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati..Maka kurniakanlah daku Sekeping hati yang sentiasa insaf..Hak seorang suami Tidak kan mungkin kupenuhi Biar telah ku jilat nanahnya yang berlelehan..Biar telah ku tadahkan wajahku Buat mengusap debu di telapak kakinya……Dan sememangnya daku mengimpikan Watak seorang ibu Yang bakal melahirkan Putera-putera secekal Musa’ab bin Umair Menggadai dunia demi kasih Tuhannya..Segigih Zubair Ibnu Awwaam Yang diangkat Rasul sebagai ‘hawarij’nya Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu..JuaMemiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah Rela direbus demi mempertahankan iman Atau sesuci Maryam – seluruh hidupnya Mengabdikan diri kepada Tuhan..Meskipun daku bukan ibunya yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani Yang tiap titis darah mampu berzikir ke hadrat Ilahi..NamunMudah-mudahan zuriatku Bakal menampilkan Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid..Srikandi-srikandi yang mampu memakmurkan muka bumi AllahDengan ketaqwaan, kesolehah, ramainya ummat RasulullahYang saling redha berkorban dan dikorbankan Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman..Sebagaimana kisah seorang ibu yang telah kematian Putera-puteranya di medan jihad :“Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia.Aduhai, kiranya aku punya seorang anak lagi,Kurelakan dia turut gugur di jalan Ilahi!”Dan seandainya daku ditaqdirkan kehilangan mereka Setenang Ummu Faisal Yang tidak menjadikan kematian suami dan anak-anaknya Halangan Kecintaan padaMu Ya Ilahi..Redhailah daku yang dhaif ini sebagai hambaMu..Inilah pengaduan harap dan munajat Kiranya KekasihMu sendiri pernah menyatakan“ Kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita……."

Tuesday, March 3, 2009


YA ALLAH......

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam surah Ar-Rahman,ayat 29:

semua yang ada di langit dan dibumi selalu memohon kepadaNya. Setiap waktu ia berada dalam aktivitiNya...

apabila laut bergelombang,ombak bergelora,dan angin bertiup kencang,semua penumpang kapal akan berteriak"Ya Allah!"

apabila seseorang tersesat di tengah padang pasir,kenderaan menyimpan jauh dari laluannya;
dan para kafilah merasa kebinggungan menentukan arah perjalanannya,mereka akan berseru"Ya Allah!"

apabila tertimpanya musibah,bencana melanda,dan berlakunya tragedi,ia akan menyebut "Ya Allah!"

apabila pintu ditutup di hadapan pencari kerja dan tirai-tirai ditutup di depan orang yang meminta,mereka akan berseru "Ya Allah!"

apabila berbagai usaha tidak mampu menyelesaikan , setiap jalan terasa sempit,harapan terhenti, dan semua jalan pintas telah buntu,mereka akan menyeru "Ya Allah!"

apabila dunia terasa sempit disebabkan himpitan persoalan hidup dan jiwa terasa seolah tertekan oleh bebanan kehidupan yang harus dipikul,mereka akan menyeru "Ya Allah!"

TELAH KU KHABARKAN KEPADAMU
SEGALA HAL SEPERTI CERCAAN.
PEKAT DAN WAJAH WAKTU LEBIH GELAP BERDEBU
LALU KUPANGGIL JELAS NAMAMU
DIWAKTU SUBUH MENANTI
DAN SETIAP FAJAR MENYINSING
SELALU TERDENGAR NEMAMU TERUCAP

Hanya kepadaNya sahaja yang layak dipanjatkan kalimah kalimah yang indah,doa yang ikhlas,bisikan yang jujur,air mata yang menitis penuh keikhlasan dan keinsafan,dan ratapan derita yang membinggungkan

Hanya kepadaNya kedua telapak tangan dihulurkan setiap kali menjelang Subuh,iaitu tangan tangan orang yang memerlukan pertolonganNya,dan tatapan mata hamba yang penuh harapan,dan segudang benak yang bertanya tentang banyak peristiwa

Ketika lidah bersenandung menyebut namaNya,memohon,mengharap dan memanggil. dengan menyebutNya,di mana hari akan menjadi damai,jiwa akan terasa tenang,perasaan menjadi tenteram,saraf tidak lagi menegang,aqal menjadi sejuk dan keyakinan menjadi mantap.

Allah Maha Penyayang terhadap hambaNya ( Asy- Syu'ara' )