Wednesday, March 11, 2009

?????

Segala puji hanya bagiMu Tuhan Lantaran telah menjadikan daku seorang perempuan..Dicipta dari tulang rusuk kiri Adam Dengan seindah dan sebaik ciptaan..Daku…..Si tulang bengkok Yang KAU gubah dengan kekuatan perasaan Mengatasi panjangnya akal fikiran, sebagai fitrah dan anugerah Hasil doa seorang lelaki..Namun Ya Allah Biarlah kejadianku memberi guna, bengkok yang ada manfaatnya.Kiranya daku menjadi seorang isteri Kurniakanlah padaku kekuatan Menjadi tulang belakang seorang suami, seorang mujahidah Pengembang perjuangan disayap kiri..Diadun dengan kelembutan Menjadi teman sejati, sahabat setia, penyejuk mata, pembina semangat dan penguat jiwa..Seanggun peribadi Saidatina Khadijah Ketenangan baginda Rasulullah, utusan Allah..Bebas jiwa dari belenggu keperempuanan Yang memiliki sembilan nafsu..Merdeka dari kepentingan peribadi Setulus Siti fatimah yang seringkali ditinggalkan suami, Saidina Ali Dihantar pemergiannya tanpa bertanya “Bila kan pulang?”Disambut kepulangannya dengan penuh khidmat dan kemanisan Bersulamkan kemesraan..Rumahtangga adalah syurga Wadah suburnya CINTA ketuhanan, Ubudiyyah Akal yang tunggal tidak dibiarkan Hanya berlega dicelahan periuk belanga Di sebalik lipatan lampin anak..Menjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat.Menjadi pentadbir di sebalik tabir!!!Namun Ya Tuhan Siapalah daku untuk memiliki Watak wanita solehah pendamping nabi Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati..Maka kurniakanlah daku Sekeping hati yang sentiasa insaf..Hak seorang suami Tidak kan mungkin kupenuhi Biar telah ku jilat nanahnya yang berlelehan..Biar telah ku tadahkan wajahku Buat mengusap debu di telapak kakinya……Dan sememangnya daku mengimpikan Watak seorang ibu Yang bakal melahirkan Putera-putera secekal Musa’ab bin Umair Menggadai dunia demi kasih Tuhannya..Segigih Zubair Ibnu Awwaam Yang diangkat Rasul sebagai ‘hawarij’nya Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu..JuaMemiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah Rela direbus demi mempertahankan iman Atau sesuci Maryam – seluruh hidupnya Mengabdikan diri kepada Tuhan..Meskipun daku bukan ibunya yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani Yang tiap titis darah mampu berzikir ke hadrat Ilahi..NamunMudah-mudahan zuriatku Bakal menampilkan Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid..Srikandi-srikandi yang mampu memakmurkan muka bumi AllahDengan ketaqwaan, kesolehah, ramainya ummat RasulullahYang saling redha berkorban dan dikorbankan Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman..Sebagaimana kisah seorang ibu yang telah kematian Putera-puteranya di medan jihad :“Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia.Aduhai, kiranya aku punya seorang anak lagi,Kurelakan dia turut gugur di jalan Ilahi!”Dan seandainya daku ditaqdirkan kehilangan mereka Setenang Ummu Faisal Yang tidak menjadikan kematian suami dan anak-anaknya Halangan Kecintaan padaMu Ya Ilahi..Redhailah daku yang dhaif ini sebagai hambaMu..Inilah pengaduan harap dan munajat Kiranya KekasihMu sendiri pernah menyatakan“ Kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita……."

Tuesday, March 3, 2009


YA ALLAH......

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam surah Ar-Rahman,ayat 29:

semua yang ada di langit dan dibumi selalu memohon kepadaNya. Setiap waktu ia berada dalam aktivitiNya...

apabila laut bergelombang,ombak bergelora,dan angin bertiup kencang,semua penumpang kapal akan berteriak"Ya Allah!"

apabila seseorang tersesat di tengah padang pasir,kenderaan menyimpan jauh dari laluannya;
dan para kafilah merasa kebinggungan menentukan arah perjalanannya,mereka akan berseru"Ya Allah!"

apabila tertimpanya musibah,bencana melanda,dan berlakunya tragedi,ia akan menyebut "Ya Allah!"

apabila pintu ditutup di hadapan pencari kerja dan tirai-tirai ditutup di depan orang yang meminta,mereka akan berseru "Ya Allah!"

apabila berbagai usaha tidak mampu menyelesaikan , setiap jalan terasa sempit,harapan terhenti, dan semua jalan pintas telah buntu,mereka akan menyeru "Ya Allah!"

apabila dunia terasa sempit disebabkan himpitan persoalan hidup dan jiwa terasa seolah tertekan oleh bebanan kehidupan yang harus dipikul,mereka akan menyeru "Ya Allah!"

TELAH KU KHABARKAN KEPADAMU
SEGALA HAL SEPERTI CERCAAN.
PEKAT DAN WAJAH WAKTU LEBIH GELAP BERDEBU
LALU KUPANGGIL JELAS NAMAMU
DIWAKTU SUBUH MENANTI
DAN SETIAP FAJAR MENYINSING
SELALU TERDENGAR NEMAMU TERUCAP

Hanya kepadaNya sahaja yang layak dipanjatkan kalimah kalimah yang indah,doa yang ikhlas,bisikan yang jujur,air mata yang menitis penuh keikhlasan dan keinsafan,dan ratapan derita yang membinggungkan

Hanya kepadaNya kedua telapak tangan dihulurkan setiap kali menjelang Subuh,iaitu tangan tangan orang yang memerlukan pertolonganNya,dan tatapan mata hamba yang penuh harapan,dan segudang benak yang bertanya tentang banyak peristiwa

Ketika lidah bersenandung menyebut namaNya,memohon,mengharap dan memanggil. dengan menyebutNya,di mana hari akan menjadi damai,jiwa akan terasa tenang,perasaan menjadi tenteram,saraf tidak lagi menegang,aqal menjadi sejuk dan keyakinan menjadi mantap.

Allah Maha Penyayang terhadap hambaNya ( Asy- Syu'ara' )

Tuesday, October 14, 2008

apa erti cinta?????


CINTA........
apakah maksud cinta yang sebenarnya???
adakah kasih sayang? rindu? atau satu kebangaan dalam hidup kerana kita dicintai oleh seseorang?
hmmmm.... kita sendiri tak dapat nak menafsirkan apakah maksud cinta yang sebenarnya....

APAKAH ERTI CINTA MANUSIA?
cinta manusia banyak penipuan....
adakah cinta itu betul betul cinta....
setakat melahirkan kata cinta itu tak membuktikan cinta yang sebenar...
banyak pasangan mengatakan cinta sehidup semati...
tapi bila pasangannya telah pergi.. adakah pasangan itu akan turut ke liang lahat bersamanya?
hmmm...... disebabkan cinta juga manusia lupa tentang hukum hakam islam...
apakah ini dikatakn cinta?

APAKAH ERTI CINTA ALLAH S.W.T?
adakah kita manusia sedang mengejar cinta ALLAH?
adakah kita rindukan pencipta kita?
adakah kita sayang akan Tuhan kita?
bibir boleh berkata ' AKU TAKUTKAN ALLAH'
tapi hati tak takut melakukan dosa...
bercinta sesama manusia dengan melanggar hukum hakam agama...

kita tak penah merasakan cinta yang sebenar.... kerana hati kita tak beri peluang untuk mencintai Tuhan kita sepenuh hati........... kenpa manusia kini makin melupakan Tuhan mereka...
kenapa mereka tak nak mencari keindhan yang ada pada islam....???? kenapa mereka sibuk mencari keindahan agama lain?

kenapa budaya barat mereka contohi dan mereka ikut cara pemakaiaan mereka??
bukan nak kutuk atau sabotaj ulam' malaysia .......
tapi????
kenapa masih mendiamkan diri... dan tak menegur...
kehidupan sekarang tak macam dulu lagi.....
tapi.... insyaALLAH... masa nyer akan tiba jua...
pada masa itu baru menyesal yang tak sudah...
kerana kebodohan diri mereka.....


sedarlah wahai manusia... dunia ini kehidupan ini hanya sekali...
alangkah sedihnya NABI MUHAMMAD S.A.W jika baginda tahu tentang umatnya...

Saturday, August 30, 2008

LeMbAran HiDuP WaNiTa SoleHah


Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?

Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah SAW

Hartanya diperjuang kejala Fisabilillah

Penawar hati kekasih Allah

Susah dan senang rela bersama


Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?

Isteri Rasulullah yang bijak

Pendorong kesusahan dan penderitaan

Tiada sukar untuk dilaksanakan


Mengalir air mataku

Melihat pengorbanan puteri solehah

Siti Fatimah

Akur dalam setiap perintah

taat dengan Abuyanya yang sentiasa berjuang

Tiada memiliki harta dunia

Layaklah dia sebagai Wanita Penghulu Syurga


Ketika aku marah

ingin aku intip serpihan sabar

Dari catatan hidup Siti Sarah


Tabah jiwaku

Setabah Ummi Nabi Ismail

Mengendong bayinya yang masih merah

Ditinggalkan suami akur tanpa bantahan

Pengharapanya hanya pada Allah

itulah wanita Siti Hajar


Mampukah aku menjadi Wanita Solehah?

Mati dalam keunggulan iman

Bersinar indah,harum tersebar

bagai wanginya pusara Masyitah...

Friday, August 15, 2008

Ukhwahfillah.........


Assalamualaikum... pembuka bicara........ ape itu ukhwahfillah...... adakah sebuah ikatan persaudaraan atau ikatan perhubungan antara manusia yang mempunyai hati dan perasaan.... perhubungan yang berlandaskan syariat itu adalah ukhwahfillah.... kadang kala ramai yang salah tafsiran tentang sebuah perhubungan dan perkenalan.. terutamanya wanita..... sering menyalah tafsirkan perhubungan dengan seorang lelaki.... kerana... wanita ini mempunyai perasaan yang lebih berbanding dengan seorang lelaki...... kaang kala... bila seorang laki ini memberi layanan yang lebih dia akan menganggap laki itu mempunyai perasaan terhadapnya..... itu... salah sebenarnya.. sebab itulah ramai perempuan yang sanggup mati kerana lelaki... akibat salah tafsir tenang perhubungan mereka..... tapi... dalam hal ini bukan ana nak slahkan perempuan... tapi ana cuma nak mengingatkan bahawa..... jaga mata jaga hati dan jaga iman.... barula betul... sebab apa ana cakap macam tue... sebab.. dari mata jatuh kehati dan dan dari hati bergocaklah iman seseorang itu.... so... kuat kuatkan lah iman kita wahai sahabat... banyakkan ingatan terhadap ALLAH SWT..... Cintalah ALLAH... sesungguhnya Cinta ALLAH lebih manis daripada Cinta manusia.....

Monday, August 11, 2008

Alhamdulilah... sahabat.....


alhamdulilah... kehidupan ini... amat adil bagi diriku... kehilagan seorang teman berbicara bukan bermakna kita akan kehilangan seseorang yang boleh dipercayai.... perginya dia.. seorang hamba ALLAH muncul dalam hidup ini... hidup x selalunya indah.. tapi ia akan menjadi indah jika kita sabar menghadapai ujian daripadaNya....... bersyukur kehadrat Ilahi..... ALhamdulilah.....

couple


CINTA,COUPLE,SAYANG...... ape semua tue dan maksudnya...... indah bila bercinta dan sakit bila putus cinta..... ape yang penting sangat cinta manusia nie.... bagi budak sekolah... kalau tak ade couple ibarat tak ade life dlm hdup... x de kasih dan sayang... huh!........ tuela remaja islam... Cinta dunia di carinya... cinta ALLAH x nak dicari.... x sedar diri.. ALLAH dah bagi nafas hidup dan kecantikan pada diri tak pernah bersyukur... malah mengunakan aset itu sebagai perkara yang dilarang olehNya..... ana cakap macam nie berdasarkan pengalaman.... dalam quraan pun tak de mengatakan boleh bercinta.... cinta hanya datang bila kita betul betul menemui jodoh kita yang sebenarnya... cantik atau buruk jodoh kita kita kne trima.... dan mesti ade keunikan dalam dirinya.... abaikanlah cinta duniawi ini...... x akan kekal... mungkin kita berkasih sayang didunia... tapi diakhirat kita akan saling benci membenci sesama kita.... RENUNG RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL.....

ISLAM AGAMAKU....


ISLAM AGAMAKU.... semua orang boleh cakap ISLAM AGAMAKU.... islam kah mereka... kalau mereka mendedahkan aurat mereka... islamkah mereka kalau mereka sering bersentuhan dengan bukan muhrim mereka.... oh...... semua orang boleh cakap dirinya ISLAM... bagi ana.... memandang seseorang islam seseorang adalah berdasarkan iman mereka... cara mereka.. gaya mereka.... susah pada zaman kini kita nak lihat seorang muslimah or seorang remaja islam yang menutup aurat mereka dari kepala ke kaki... ada yang pakai tudung baju ketat.... ade yang pakai tudung bila nak ke tanah perkuburan,waktu nak akad nikah... lpas habisnya sesuatu majlis yang melibatkan aurat... tudung kemana,baju kurung entah kemana..... geram btul tgk orang zaman sekarang..... kalau la kat Malaysia nie wujudkan hukum hudud dan qisas... mesti... Malaysia nie aman dan damai......

CiNtA.....

tak perlu mencariteman secantik BALQIS,andai diri tak sehebat SULAIMAN.
Mengapa menharapkan teman setampan YUSUF andai kasih tak setulus ZULAIKHA
tak perlu mengharapkan teman seteguh IBRAHIM andai diri tak sekuat SITI HAJAR
Mengapa didambakan teman hidup bak SITI KHADIJAH andai diri tak sesempurna NABI MUHAMMAD SAW